Sharol Weblog

Just another WordPress.com weblog

ADOIII

Petang ini aku ke klinik sebab sakit tekak sudah dua hari…

Bilik rawatan dan perawatnya tidak teratur dan aku rasa kurang profesional. Aku di tempatkan di bilik dan selang beberapa lama setelah seorang doktor perempuan selepas berborak panjang (aku nampak bilik aku ditempatkan menghadap kaunter) baru datang memeriksa aku. Sambil berdiri sahaja aku di periksa tanpa di tutup pintu bilik!

Setelah itu aku di arahkan mengambil ubat di farmasi. Aku berpusing2 mencari farmasi. Akhirnya aku sampai yg dikatakan farmasi (tidak ada papantanda farmasi!). Dua orang pembantu farmasi bangla, seorang membawa priskripsi dan beredar selang beberapa lama baru sampai membawa bekalan ubat. Dia menerangkan pengambilan ubat secara yang ala kadar sahaja tanpa menjelaskan dengan jelasnya!

Setelah aku mendapat ubat itu zencin 500mg (erythromycin 500mg) dan panadol plus aku minta bilnya, pembantu farmasi memberi tahu mereka tidak memberinya sebab ini dibawah insurance! Ini sangatbbahaya kerana manipulasi boleh mudah berlaku kerana aku tidak dapat melihat apa yang di caj nya!!!

Ketidak betulan boleh berlaku dimana-mana sahaja!!!

Tingkat 11 Menara Jam

Leave a comment