Zaman ini kelihatannya semakin maju, tetapi sebenarnya semakin keliru. Agak
menghairankan apabila orang yang mengaku dirinya Islam tetapi meninggalkan ajaran
dan amalan yang telah disyariatkan. Bahkan orang yang menjalankan kepatuhan
terhadap agama pula yang digelar kolot.
Ada pula yang gegak-gempita melaungkan slogan kebebasan mutlak dan hak asasi yang
melampau iaitu kebebasan yang bertentangan dengan fitrah agama dan manusiawi. Ada
yang perjuangkan kebebasan beragama, kebebasan memilih jantina, kebebasan
melakukan maksiat malah menghina dan mempersenda syariat Islam. Perjuangan
mereka hanyalah dipandu oleh hawa nafsu semata-mata. Allah SWT berfirman dalam
Surah al-Jaathiyah ayat 23:
Maksudnya: “Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad)
terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan dia pula
disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar)”.
Begitulah dunia memenjarakan umat manusia sehingga ada yang sanggup
memperhambakan diri semata-mata mengejar gaya hidup, teknologi dan nafsu.
Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiallahuanhu bahawa Nabi SAW
bersabda:
الد ُ نْي َ ا س ِ ج ْ نُ ال ْ م ُ ؤْمِنِ، وَجَن َّة ُ ال ْ كَاف ِ رِ
Maksudnya: “Dunia itu penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir”.
Petikan khutbah Jumaat JAKIM
.

Leave a comment