Sharol Weblog

Just another WordPress.com weblog

ALAH SWT MENENTUKAN

Hari ini seawal 6.15pagi aku bertolak ke Melaka. Cuaca sangatlah elok untuk bermotor. Aku tidak membawa baju hujan pun kerana aku fikir cuaca baik-baik saja. Aku melayan motor aku dengan girangnya. Sesampai berhampiran lebih kurang 750 meter ke RnR Seremban tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Dalam jarak 750 meter untuk berteduh di RnR Seremban aku disimbahi hujan menjadikan aku basah kuyup!

Setengah jam kemudian hujan reda aku meneruskan perjalanan ke Melaka dalam keadaan yang basah dan sejuk.

Tidak aku sangka hujan akan turun walaupun mengikut ramalan cuaca hari ini cuaca tidak hujan.

Itulah yang dikatakan Allah itu Maha Berkuasa untuk membuat sesuatu tanpa makhluk menjangkakannya.

Leave a comment