Sharol Weblog

Just another WordPress.com weblog

WALIMATULURUS

Tengahari aku menghadiri walimatulurus sahabat saya di Shah Alam Convention Centre.
— Read on thekahwin.my/card/view/lYcG2I

Apa itu walimatulurus atau kenduri kawin: datang tengahari dengan tujuan hendak makan, sampai ditempat kenduri kawin jumpa ibu-bapa pengantin tujuannya sama saperti kita punch card apabila sampai di tempat kerja mengesahkan kita hadir kerja.

Selepas itu kita terus ke tempat makan, ambil makanan ikut suka kita, bawa makanan kemeja yang kita pilih berdasarkan naluri kita. Selepas makan jumpa kawan-kawan atau jumpa sebelum kita mengambil makanan. Ambil gambar!

Selepas itu angkat ponggong beredar ke arah ibu-bapa pengantin dan bersalam duit! Tujuannya adalah sama seperti punch out. Salam duit sama seperti kita makan di restoran selepas makan kita ke kaunter dan bayar.

Lepas bayar pergi ketempat letak kereta dan balik rumah…itulah kenduri kawin!

Leave a comment