Sharol Weblog

Just another WordPress.com weblog

HAPPY NEW YEAR 1447H

Selamat Tahun Baharu 1447H

Bulan Muharam adalah permulaan bagi kalendar Umat Islam mengikut kalendar hijrah.

Awal Muharram atau Maal Hijrah dan amat penting kerana berlakunya peristiwa sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharram tahun baru bagi takwim hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Sumber JAKIM

Bagi diriku sempena tahun baharu 1447H ini semuga Allah memberikan aku kekuatan untuk melakukan seberapa banyak amal dan ibadah dengan istiqamah aamiin🤲

Leave a comment