Sharol Weblog

Just another WordPress.com weblog

SEKOLAH ARAB MASJID AL AHMADIAH

Satu ketika dahulu aku pernah bersekolah di Sekolah Arab Masjid Al Ahmadiah. Sekolah tersebut terletak dalam kawasan sama dengan masjid Al Ahmadiah.

Masjid Al Ahmadiah Kampung Sungai Batang 6 tahun lepas

Aku bersekolah di sekolah tersebut semasa aku di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah rendah. Di sekolah inilah aku belajar ugama dan bahasa Arab.

Sistem dan mata pelajaran di sekolah ini adalah berbeza dengansekolah KAFA sekarang ini… pada masa itu aku diajar berpidato dan berbahas.

Aku ingat lagi telapak kaki aku di sebat oleh guru sebab aku bermain “belodor” di dalam masjid. Banyak kenangan manis aku di sekolah tersebut.

Terima kasih ustaz Ramli, ustaz Brahim, ustaz Fatoni, ustaz Ilham dan ustaz ngaji ustaz Hj Shaari.

Pada pagi ini aku terkenang sekolah arab aku dahulu apabila pada pagi ini aku pergi menunaikan solat sunat idul adha…hiba sekali hati ku bila aku melihat bangunan sekolah aku itu telah menjadi tempat letak motorsikal.

Ini adalah tapak bekas sekolah arab ku😭

Apa hendak dikata, orang menilai dan menganggap tempat letak motorsikal lebih mulia dari sekolah!

Leave a comment