Pada postingan kali ini aku tidak akan menulis dengan panjang lebar. Aku cuma salin dan tampal dari group wasap aku. Kamu semua fikir sendirilah…
Mungkin situasi dan pengalaman setiap penanggung SEROMA berbeza².
Saya buat pembedahan pada 23/7/2021.
Pada pagi 24/7/2021 saya telah diarahkan balik ke rumah kerana pada waktu itu COVID sgt tinggi.
Saya balik hanya selepas 24jam pembedahan.
Sampai rumah…
Pada 25/7/2021, Anak Bongsu saya kena COVID.
Pada 26/7/2021 suami Saya kena COVID.
Mulai 25/7 tu…suami dan anak² berpindah ke rumah lain untuk mengelak saya dijangkiti COVID.
Saya hanya tinggal dengan Anak perempuan Saya yang menguruskan botol darah saya.
29/7/2021…Saya demam.
Pada masa sama Anak lelaki saya no 2 disahkan COVID.
Pada 29/7 tu saya buat swap test tapi masih negatif.
Saya dtg ke hospital utk cuci luka tapi saya dah tak boleh masuk ke klinik harian di Hospital Serdang.
Luka saya hanya di cuci di khemah swap test…
Sedih sgt rasanya masa tu…..
Pada 2/8 sekali lagi Saya buat swap test dan di sahkan COVID.
Masa tu..jam lebih kurang pukul 2.45 ptg….bacaan oksigen saya cuma 26% dan saya berada dalam keadaan Happy Mood.
Saya segera di kejarkan ke Zon Merah wad kecemasan.
Berbagai usaha doktor lakukan untuk menyelamatkan saya.
Saya melalui pengalaman paling menakutkan dan mengerikan.
Saya hampir ditidurkan…namun saya berkeras tak mahu di tidurkan (berlaku satu situasi yang sukar diceritakan di sini).
Saya berkeras untuk melawan COVID.
Jam 8.30 mlm…team yang buat pembedahan ke atas saya dtg…
Mereka mencabut tiub darah saya.
Mereka membersihkan luka pembedahan saya… dan ketua mereka telah meminta maaf dari saya.
Saat itu saya rasa mmg macam dah nak sampai ajal.
Tapi saya berkeras…saya tak mahu mati sebelum ajal.
Saya terus berjuang.
Saya terus menyengkang mata.
Saya tak mahu tidur dan ditidurkan kerana saya yakin…jika saya ditidurkan…saya Pasti tidak akan bangun lagi buat selamat lamanya.
Jam 4.45 pagi 3/8/2025 saya dinaikkan ke wad kerana bacaan oksigen saya dah naik kepada 56%.
Alhamdulillah….
Saya dah melepasi waktu kritikal.
Sejak itu saya duduk dalam wad COVID tahap 4, dengan memakai oksigen penuh selama 18 hari tanpa ada rawatan khusus untuk luka atau parut mastectomy saya.
Setiap hari…dalam pembaringan…saya menarik keluar benang² jahitan mastectomy saya sendiri…..sehelai demi sehelai….
Sedih…..
Tapi saya dah takde airmata ketika itu….
Dua minggu kemudian…saya kena SEROMA.
Saya sering beranggapan… mungkin situasi itu yang menyebabkan SEROMA saya terjadi.
Apapun….saya bersyukur saya berjaya mengharungi ujianNYA dengan tabah dan sabar.
Ada jawapan dari postingan di atas itu…
Assalamualaikum
Selamat Sejahtera
KESUSAHAN, KESAKITAN & KESEDIHAN MENJADI PENGHAPUS DOSA
Drp Abu Sa’id & Abu Hurairah RA bhwsanya kedua org sahabat itu pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada penderitaan, kesengsaraan, sakit, kesedihan & bahkan juga kekalutan yg menimpa seorg mukmin, melainkan semua itu menghapuskan sebahagian dosanya.” (HR Muslim No: 4670) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
- Sebagai makhluk yg lemah, kita tidak boleh lari dari melalui ujian yg menyebabkan kesakitan, kesusahan, kesedihan mahupun kekalutan.
- Setiap keperitan, kesusahan, kesakitan & kesedihan yg dilalui oleh seseorg adalah ujian drp Allah utk hambanya yang terpilih.
- Setiap mukmin yg bersabar dan redha diatas segala ujian keperitan, kesusahan, kesakitan juga kesedihan yg menimpanya, ia akan menjadi penghapus dosa2nya yg lalu.
- Saudara kita di Palestine, ujian mereka sungguh2 berat, kesabaran dan redha mereka atas jadi asbab ramai orang masuk Islam. Padahal mereka beramal soleh lebih baik dari kita. Kita pun tak sanggup hadapi ujian seperti mereka. Mereka tetap bersangka baik pada Allah.
Alhamdulillah. Mohon Ya Allah asbab ujian ini, engkau jaminkan daku bebas dari azabMu, dan daku dapat masuk syurga tanpa hisab bersama syafaat Nabi Muhammad. AAMIIN.
APA ITU SEROMA:
Ini postingan dari sahabat yang lain apa itu serima:
Waalaikumsalam.
Saya Ada pengalaman kena SEROMA.
Memang teramat sakit.
Oleh kerana parut mastectomy saya besar…jadi kolam SEROMA yang terbentuk juga besar.
Ia telah mengumpul air bisa yang sgt banyak.
Hari perrtama sedut …air yang di keluarkan hampir 250ml….hampir sama banyak dengan isi minuman air tin.
Saya terpaksa melalui proses mengeluarkan air SEROMA selama 5 hari berturut-turut.
Puas menahan sakit.
Puas hati dan lega juga bila air SEROMA selesai dikeluarkan.
Satu pengalaman yang amat berharga.
Saya SENYUM aje setiap kali proses mengeluarkan air bisa tersebut kerana bagi saya…kalau kita nak cepat sembuh….kita kena sentiasa positive.
Fikirkan sendiri dari postingan-postingan di atas!

Leave a comment