Aku dengan lebih tepat lagi Zani sepupu aku telah membawa AH158 ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan bagi tujuan menukar nama kereta itu dari aku kepada Zani.
Hanya tinggal kenangan…
Aku beri percuma kereta itu dengan motor Demak DRZ120.
Demak yang penuh sejarah. Mula2 motor kang Sarip jual pada Ari kemudian aku beli buat Ikhlas untuk pergi belajar di Sunway Collage. Dia pernah jatuh dan cedera akibat jatuh dari motor itu. Sekarang motor itu aku beri percuma pada Zani, kerana aku percaya dia sahaja yang tahu menilai dan tahu menjaganya.
Sekarang aku hendak bercerita pasal pemeriksaan PUSPAKOM untuk tujuan pertukaran nama.
Malangnya pegawai PUSPAKOM telah menggagalkan kerana dia memberi tahu bahawa nombor chassis telah ditukar. Alasan dia sebab nombor ditampal di tempatnya dengan menggunakan skrew!
Pegawai itu memberitahu bahawa sepatutnya di revert. Sangat kelakar betapa cetek pemikiran pegawai tersebut ramai yang buat menukar nombor chassis kemudian di skrew…apa punya pemikiran ini, bukan semestinya orang tak silat kita boleh anggap dia juga tidak solat!
Padahal kereta British pada zaman 60an memang nombor chassis ditampal pada badan dengan menggunakan skrew.
Professor Google kata era 60an kereta British, chassis nya di skrew ke badan kereta
Sepatutnya sesebuat agensi facilitates bukan frustrate…
Leave a comment