Sharol Weblog

Just another WordPress.com weblog

DIA SUDAH ADA DI DALAM…

Hari ini pagi-pagi lagi aku sudah merasa sedih dah takut kerana pagi ini aku membaca 2 wasap dari group kami yang berbunyi:

1. Assalammualaikum,
Para sahabat semua…sekadar berkongsi maklumat. Saya akan ada temujanji di wad harian hematologi HUKM pada 27/05/2025. Setelah menjadi survivor sejak 2013 (lebih 12 tahun) sebagai pesakit kanser lympoma yg tidak memilih untuk rawatan secara kimoterapi namun takdir Allah pada 13/05/2025, setelah menjalani prosidur pet- ct- scan di hukm akibat sakit dada & rusuk kanan yg berterusan sejak 05/04/2025 didapati ada sesuatu yg dicurigai dibhg liver, dada, prostat, hidung kiri dan paru-paru. Baru2 ni leher kanan bengkak. Oleh yg demikian saya diminta datang ke wad harian untuk penelitian lebih terperinci…mohon doanya dari para sahabat agar Allah mempermudahkan urusan saya dan kuat/tabah menghadapi ujian Allah.

2. Assalam…
Kak kena lg cancer kali ke3. Breast kiri.
Tarikh CT Scan di Htj Sban 16 Jun.

Kak redha & serah semuanya kpd Allah swt.

Kena cancer kali ke3…

Keadaan dan situasi seperti di atas adalah biasa sahaja bagi pengidap kanser, walaupun telah dirawat pesakit tidak akan mengetahui bila masa kansernya akan menyerang lagi. Biasanya ia akan menyerang dengan lebih agresif lagi.

“The cancer is already in our bodies, so we must move forward because there’s nothing else we can do,” she elaborated. “We must continue with treatment.” (Dr Zahrina Azian FMS, Colon Cancer Survivor)

    Leave a comment