Alhamdullilah pagi ini aku dapat berkatuh sejaub 20 km yang mengambil masa satu jam lebih.

Dalam masa berkayuh itu aku memerhatikan gelagat orang-orang dan kumpulan-kumpulan orang. Ada yang sedang menjalankan senaman samaada berbasikal, berjalan kaki, berlari, atau dan bermacam-macam lagi. Sukar untuk aku nyatakan disini contohnya berkayak, bermarathon dan lain nyalah selain ada yang bersantai melihat pemandangan yang indah atau yang sedang bertugas…

Ada yang aku perhatikan semua jenis orang sama ada dari segi usia, jantina, fizikal, gaya, bangsa, ugama. Aku juga dapat mengagak kedudukan mereka juga.
Yang selalu aku perhatikan selalunya adalah raut wajah mereka! Ini sangat menarik! Ada yang sedang berwirid, ada yang bersembang, ada muka yang khusuk pada apa yang mereka lakukan, ada yang masam mencuka, ada yg tersenyum, ada muka tidak kisah, muka selambe, ada banyak jenis-jenis muka lagi yang dapat diperhatikan. Ada juga yang bermuka-muka!
Sepanjang aku berbasikal setakat ini tidak ada yang ingin mengucap salam pada aku, kecuali beberapa orang yang aku kenal. Kenapa?
Selalunya aku jadikan kebiasaan aku akan mengucap salam kepada orang yang aku temui. Aku cuba seberapa ramai yang boleh.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لا تَدْخُـلُوا الـجَنَّةَ حتـى تُؤمِنُوا، ولا تُؤمِنُوا حتـى تَـحابُّوا أوَلا أدُلُّكُمْ علـى شَيءٍ إذا فَعَلْتُـمُوهُ تَـحَابَبْتُـمْ؟ افْشُوا السّلامَ بَـيْنَكُمْ
Maksudnya: “Mereka tidak akan masuk syurga sehingga mereka beriman dan tidak beriman mereka itu sehingga mereka berkasih sayang. Adakah kalian mahu aku tunjukkan sesuatu yang mana apabila kalian mengerjakannya nescaya kalian akan saling menyayangi sesama kalian? Sebarkanlah salam sesama kalian”.[Riwayat Muslim, no. Hadith 81]
Hadith ini dengan jelas mengkhabarkan kepada kita bahawa salam merupakan punca dan asbab kasih sayang yang sebenarnya merupakan sejuzuk daripada tanda kesempurnaan iman yang akhirnya melayakkan kita menuju ke syurga-Nya.
Semuga kita dapat menyebarkan salam!

Leave a comment