Sharol Weblog

Just another WordPress.com weblog

NELAYAN KERJA 3 BULAN UNTUK SETAHUN

Sudah tiga kali aku menyusur ke Jeti Kuala Besar Kelantan hanya untuk melihat aktiviti nelayan menaikan hasil tangkapan laut. Tapi hampa!

Hari ini selepas subuh aku bertolak lagi ke Jeti Kuala Besar, tetapi sesampainya di sana pintu pagar masih di tutup. Nasib baik ada seorang pekerja mungkin pegawai keselamatan mengatakan nelayan akan sampai ke Jeti Kuala Besar jam 8.30 pagi. Waktu itu aku perlu bersiap untuk bertolak balik ke airport. Kata orang kalau bukan rezeki kita walau apapun kita tidak akan dapat.

Aku berpatah balik dan singgah disebuah gerai aku bersarapan kopi O dan roti bakar. Orang yang punya kedai sangat ramah, ia beritahu nelayan sebenarnya kaya…dengan tiga bulan mencandat sotong sudah boleh digunakan untuk hidup setahun. Dia memberi tahu semalam nelayan mencandat sotong boleh mendapat keuntungan bersih RM500. Ininsatu fakta yang mengejutkan, aku rasa aku perlu menyelidiki lagi. Kalau betul aku ingin menjadi pencandat sotonglah.

Pemandangan Jeti Kuala Besar untu ke floating market Pulau Suri

Leave a comment