Dalam seminggu ini sudah dua homestay aku tinggal, satu di Sekinchan Selangor dan satu di Kuala Besar Kelantan. Dari pengalaman itu janganlah kalau boleh menyewa homestay jika bermusafir seorang diri, kerana kita tidak akan menggunakan sepenuhnya kemudahan yang ada dengan bayaran yang mahal untuk kemudahan itu. Sebenarnya membazir sahaja! Kecuali kalau bermusafir bersama keluarga atau rakan-rakan!
Homestay-homestay yang pernah aku tinggal tidak di selenggara dengan sempurna contohnya tv tidak berfungsi, tiada internet (ini umpama nyawa) sangat fatal sekali, tiada air panas, kawasan tidak bersih seperti di kelilingi semak samun.

Selalu juga alamat yang diberikan tidak lengkap, ini membuatkan kita rasa begitu hampa bila tidak jumpa homestay yang kita tempah.
Biasanya homestay pengendaliannya secara unman ini membuat sangat sukar jika kita mengalami gendala berkenaan dengan homestay tetsebut seperti kunci dan keperluan lain.
Jadi bagi diri aku tidak akan menyewa homestay bila aku bermusafir seorang diri, cukuplah yang aku alami.

Aku ingin buat rating homestay ini: 4/10

Leave a comment